2 . – kisah Haru – botol kaca

(bunyi penggera telefon bimbit yang kuat)

(tersedar daripada tidur)

(menggeliat)

Haru : (menguap) Huaaarghhh …

(mengesat mata)

(membasuh muka)

(menggosok gigi)

(mandi sebentar , berpakaian uniform Kibitou)

(menyarung pedang kayu)

(memakai bandana)

(memakai beg sekolah)

(keluar daripada rumah pokoknya)

(mengunci pintu rumahnya)

Namaku Kusanagi Haru . Biasanya aku dipanggil Haru . Aku adalah seorang pelajar sekolah tinggi Kibitou yang terpinggir disebabkan aku dilabelkan sebagai pelajar bermasalah di sekolah .

Apabila aku berjalan ke sekolah , budak-budak sekolah menjadi gerun . Aku tertanya-tanya , mengapa mereka takut dengan aku ? Apa yang membuatkan mereka takut dengan aku ? Setiap hari , ada saja sesuatu yang berlaku . Orang belasah aku , Erghh … aku tak tahan dowh . Luka sana , luka sini , orang labelkan aku orang yang suka bergaduh , padahal aku tak terlibat dalam pergaduhan pun .

Apabila aku memandang ke langit , aku hanya mampu berdoa . Berdoa untuk menghentikan segala salah faham yang ditumpahkan ke atas aku . Dunia , kadangkala kau menimbulkan masalah padaku …


Sekolah . Sekolah Tinggi Kibitou . Aku pelajar tahun 2 . Kalau tak silap , ada 5 kelas untuk tahun 2 . Aku berada di kelas 2-B . Satu kelas aku tak kenal siapa mereka , tetapi mereka kenal siapa aku . Maklumlah , aku tak campur dengan orang di sekeliling aku sangat …

Aku lebih suka menyendiri daripada bersama sesiapa , itupun kalau tiada seseorang yang mampu meggerakkan hati untuk mengubah hidup aku . Tiba-tiba , ada seorang guru memanggil aku .

Maya-sensei : Maafkan saya , tetapi boleh tak saya pinjam Kusanagi Haru-kun sebentar ?

Guru kelas 2-B: Baiklah . Kusanagi , awak ikutlah Takahashi-sensei .

Haru : Ok …

Aku berdiri . Aku keluar dari kelas itu dengan penuh persoalan . Aku yang tak pernah dipanggil oleh guru , tiba-tiba dipanggil . Persoalan bermain di benak fikiran aku … Aku berjalan bersama Takahashi-sensei . Tiba-tiba dia …

Maya-sensei : Kusanagi-kun , nama awak sebenarnya di kelas 2-A . Bukannya di kelas 2-B .

Haru : (geleng kepala) Bukankah nama saya dalam senarai kelas 2-B ?

Maya-sensei : (mengeluarkan senarai nama) Pengetua kita membuat sedikit rombakan kelas . Sebenarnya awak mencapai 10 teratas dalam kedudukan pelajar tahun 2 , jadi awak sepatutnya berada di kelas 2-A , bukannya di kelas 2-B .

Haru : Oh ok … saya faham (muka sedih)

Aku berjalan ke kelas 2-B . Setibanya aku di pintu kelas , aku mengetuk pintu kelas .

Dam dam !

Guru kelas 2-B : Masuk .

Aku masuk ke dalam kelas dalam perasaan yang sedih . Aku menuju ke tempat duduk aku lalu mengemas beg aku dengan tanganku yang terketar-ketar , bergoncang . Orang lain tertanya-tanya mengapa aku berbuat demikian . Cikgu itu bertanya .

Guru kelas 2-B : Kusanagi-san , apa yang dah berlaku ? Awak cuba meninggalkan kelas saya .

Haru : (selesai mengemas) Maafkan aku … aku tak berani nak memandang muka kamu semua … Takahashi-sensei kata tadi kelas aku yang sebenarnya di kelas 2-A .

Semua : (terkejut)

Tiba-tiba pengetua membuka pintu kelas . Semua orang bangun , memberi hormat , termasuklah aku .

Pengetua : Memang betul apa yang Kusanagi cakap . Saya yang membuat penukaran ini . Sebabnya Kusanagi-san berada di 10 terbaik pelajar cemerlang tahun 1 tahun lepas . Ia berlaku disebabkan kesilapan saya sendiri , silap mengatur kelas . Disebabkan itulah saya membuat rombakan semula pelajar .

Rakan-rakan : (terkejut)

Pengetua : Sakurai-san dan Kamizaki-san , kamu berdua pun akan berada di kelas 2-A , memandangkan saya nampak prestasi pelajaran kamu berdua agak bagus dalam tahun yang lepas .

Sakurai-san : Baiklah , terima kasih tuan pengetua . ^^

Kamizaki-san : Terima kasih .

Pengetua : Kamu bertiga , lekas sedikit . Saya mahu ke kelas 2-A .

Kami bertiga : Baiklah .

Haru : (menundukkan muka) Terima kasih , kamu semua …

Tiba-tiba ada seorang pelajar dalam kelas berdiri dengan keadaan yang marah .

Hatoshi : (marah) Hei Kusanagi , disebabkan kaulah benda-benda begini berlaku . Adakah kau ingin membuat puak kau sendiri ? Kau tu dah la mementingkan diri sendiri , tak bercampur dengan orang , ada hati nak berterima kasih kat kita semua ? Buat hal sendirilah ! Jangan melibatkan orang lain , bodoh !

Kadao : (tenung ke arah aku) Betul tu , dia tu sepatutnya berada di kelas 2-E , kalau kau nak tau , bukannya kelas 2-A yang pandai tu . Hahahahaha !

Raisawa : (membaling botol kaca ke arah aku dengan kuat)

Haru : (terkena botol kaca di bahagia kepala dan menjerit kesakitan) Argh !

Semua orang terkejut kecuali 3 orang yang marah terhadapku .

Guru kelas 2-B : Apa yang kamu bertiga cuba lakukan !

Pelajar-pelajar kelas lain mula berkerumun di pintu kelas 2-B . Kelihatan Tachibana Junichi dan Ayatsuji Tsukasa datang melepasi kelas 2-B . Pandangan aku mula menjadi kabur . Aku hanya nampak ada seseorang cuba menyelamatkan aku . Aku mula hilang kesedaran diriku . Tiba-tiba aku menjadi takut . Ada sesuatu mengambil alih diriku . Pada masa itulah aku tidak sedarkan diri ….


Apabila aku memperoleh kesedaran diriku semula , aku cuba bangun … Alangkah terkejutnya aku apabila aku mendapati semua orang cedera . Aku menjadi takut . Aku meraung sekuat hati aku . Sekuat hati aku sehinggakan suara aku mengeluarkan seribu macam perasaan . Tiba-tiba air mataku berguguran . Aku tak dapat menahan diriku menangis . Aku mula persoalkan kewujudanku di atas bumi ini . Aku bertanya kepada diri sendiri , inikah tujuan hidup aku ? Hidup aku hanyalah ibarat membawa kehancuran kepada umat manusia di sekeliling aku . Aku mula menyalahkan diri aku .

Haru : (meraung) Kenapa aku masih hidup , sedangkan mereka semua yang tak berdosa mati ! (kecewa) Kenapa mereka ? Kenapa tidak aku ? (menjerit) GRRAAAHHHH !

Tiba-tiba Tachibana Junichi dan Ayatsuji Tsukasa menggerakkan tangannya . Mereka berdua memperoleh kesedaran mereka . Aku mulai risau . Aku menjadi lebih takut . Lebih takut daripada si penakut yang baru sahaja membunuh orang . Aku cuba melarikan diri tetapi aku tak dapat menggerakkan kaki aku . Aku baru menyedari aku mengalami kecederaan yang agak teruk dan parah . Ayatsuji Tsukasa berkata sesuatu .

Ayatsuji : (berkata dengan perlahan) Kusanagi-kun , awak dah pun sedar .

Haru : Y-ya … A-aku da-h s-sed-dar … A-aku n-nak k-kau bu..bun..nuh a-aku … Ta-ta…ma-t…kan ri-wa…yaaa-ttt a-a…k-

Aku tidak sedarkan diri sekali lagi . Ayatsuji Tsukasa terkejut dengan apa yang aku katakan tadi . Dia betul-betul rasa serba salah . Tachibana Junichi pun teringat akan peristiwa sebelum aku memperoleh kesedaran . Mereka berdua menjadi risau .Mereka menyedari sesuatu . Jika mereka berdua membuat aku rasa kecewa dan mencederakan aku , aku akan …